Monday, October 4, 2010

Info

SMK Taman Bunga Raya (1)


 
SMK Taman Bunga Raya(1) Mula beroperasi pada 6 Januari 2003 dengan bilangan guru seramai 24 orang dan pelajar berjumlah 334 orang. Pelajar yang diterima pada tahun pertama ialah pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Pada tahun kedua (2004), bilangan pelajar meningkat kepada 653 orang yang terdiri dari tingkatan 1 hingga 5. Jumlah pelajar terus meningkat lagi pada tahun ketiga beroperasi (2005) iaitu seramai 948 orang pelajar dengan bilangan tenaga pengajar seramai 56 orang. Hari ini dengan jumlah tenaga pengajar seramai 80 orang guru siswazah, SMK TBR1 terus beroperasi sebagai sebuah sekolah menengah harian yang semakin bertambah bilangan pelajarnya dan akan menjadi antara sekolah terbesar di dalam daerah Hulu Selangor.

Dari segi prasarana terdapat sebuah blok pentadbiran dan lima blok yang menempatkan bilik darjah, makmal komputer, makmal sains dan bengkel selain kantin dan dewan serbaguna. Pada 16 April 2003, pengetua pertama En. Rajahram Ramalingam telah melaporkan diri. Beliau memegang prinsip untuk menjadikan SMK TBR(1) sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini sama ada dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Walau bagaimana pun beliau berkhidmat disekolah ini hanya 2 tahun sahaja kerana genap 1 Jun 2005 beliau telah bersara. Tugas beliau telah disambung pula oleh En. Zainal Abidin Mohd.Yusof bermula Ogos 2005 hingga kini. Namun En. Zainal Abidin hanya berkhidmat diSMK TBR 1 selama 9 bulan sahaja apabila beliau mendapat tawaran berkhidmat menjadi pengetua di SMK Gedangsa. Tugas beliau telah disambung oleh Pn Hajah Jamilah Hussien bekas PK1 SMK Bandar Sungai Buaya hingga kini.

No comments:

Post a Comment